Tuesday, September 17, 2013

SWANSON'S UNWRITTEN RULES

SWANSON'S UNWRITTEN RULES
1: Learn to say, "I don't know." If used when appropriate, it will be used often.

2: It is easier to get into something than to get out of it.

3: If you are not criticized, you may not be doing much

4: Look for what is missing. Many know how to improve what's there; few can see what isn't   
    there.

5: Presentation rule: When something appears on a slide presentation, assume the world knows
    about it and deal with it accordingly.

6. Work for a boss to whom you can tell it like it is. Remember, you can't pick your family, but
    you can pick your boss.

7: Constantly review developments to make sure that the actual benefits are what they were    
    supposed to be. Avoid Newton's Law.

8: However menial and trivial your early assignments may appear, give them your best effort.

9: Persistence or tenacity is the disposition to persevere in spite of difficulties, 
    discouragement  or indifference. Don't be known as a good starter but a poor finisher!

10: In doing your project, don't wait for others; go after them and make sure it gets done.

11: Confirm the instructions you give others, and their commitments, in writing. Don't assume
       it  will get done.

12: Don't be timid: Speak up, express yourself and promote your ideas.

13: Practice shows that those who speak the most knowingly and confidently often end up with
      the assignment to get the job done.

14: Strive for brevity and clarity in oral and written reports.

15: Be extremely careful in the accuracy of your statements.

16: Don't overlook the fact that you are working for a boss. Keep him or her informed.
      Whatever the boss wants, within the bounds of integrity, takes top priority.

17: Promises, schedules and estimates are important instruments in a well-run business. You
       must make promises — don't lean on the often-used phrase: "I can't estimate it because it 
      depends on many uncertain factors."

18: Never direct a complaint to the top; a serious offense is to "cc" a person's boss on a copy of
       a complaint before the person has a chance to respond to the complaint.

19: When interacting with people outside the company, remember that you are always
       representing the company. Be especially careful of your commitments.

20: Cultivate the habit of boiling matters down to the simplest terms: the proverbial "elevator
       speech" is the best way.

21: Don't get excited in engineering emergencies: Keep your feet on the ground.

22: Cultivate the habit of making quick, clean-cut decisions.

23: When making decisions, the "pros" are much easier to deal with than the "cons." Your boss
       wants to see both.

24: Don't ever lose your sense of humor.

25: Have fun at what you do. It will be reflected in you work. No one likes a grump except
      another grump!

26: Treat the name of your company as if it were your own.

27: Beg for the bad news.

28: You remember 1/3 of what you read, 1/2 of what people tell you, but 100% of what you feel.

29: You can't polish a sneaker.

30: When facing issues or problems that are becoming drawn-out, "short them to the ground."

31: When faced with decisions, try to look at them as if you were one level up in the
       organization. Your perspective will change quickly.

32: A person who is nice to you but rude to the waiter, or to others, is not a nice person. (This rule never fails). 

 33: Never be afraid to try something new. Remember, an amateur built an ark that survived a
       flood while a large group of professionals built the Titanic!

Monday, August 5, 2013

Sabun Best ~ Marine Essence Beauty Bar Restocked!

Sabun Marine Essence telah di restock!

  www.intanyusof.com

  Contact me yah ;-)
Intan 013-3900709 (whatsapp)
intanyusof9778@gmail.com


Tuesday, July 23, 2013

Cerita Berpantang #1

Berpantang. Atau Confinement. Yakni acara wanita itu berehat selepas bersalin. Walaupun i bersalinkan anak yang ke-empat tapi i berpantang kali nie lebih special sebab :

1.  Baby boy ~ Isaac Izuddin bin Inderadin

Whacha lukin' at?



2.  I amik perkhidmatan Confinement Lady 
(confinement lady i bergerak sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat)



Okey takde gambar Confinement Lady i sebab beliau penyegan orangnyer. Tapi sangat ramah-tamah okey. Errr, maybe sebab i pun ringan mulut sebab i kan ramah lagi bermulut bertih hehehehhe. Tapi memang i tak menyesal amik Confinement Lady ni sebab pakej yang ditawarkan oleh beliau memang sangat-sangat berbaloi. Pada kawan-kawan facebook dan instagram i memang terpegun sebab setiap hari i disajikan makanan yang lazat berkhasiat dan juga i dijaga dan dibelai sebagaimana wanita sedang berpantang perlu dijaga rapi sebenarnyer. Dan Confinement Lady ni orang melayu yer, bukan expatriate (wow halussss sangat bahasa kau dik) atau bahasa pasar kita- orang Indon.

Ada beberapa pakej yang disediakan yang boleh di sesuaikan mengikut kehendak tekak kita dan kehendak poket lah. Kalau ikut tekak misti nak dijaga sampai sebulan, 24 jam kan? Tapi kehendak poket kata hanya mampu ambik servis Confinement Lady nie 5 jam setiap selama satu minggu sahaja. So the package can be tailored accordingly lah.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Confinement Lady ini adalah :

  • sediakan sarapan si ibu
  • mandikan baby
  • mandikan si ibu dengan air herba
  • scrub buat si ibu
  • basuh pakaian si ibu dan baby
  • bertangas
  • urut
  • tuam dan bertungku
  • pakaikan si ibu bengkung tradisional 
  • sediakan makan tengahari si ibu
  • sediakan minum petang si ibu
  • sediakan mandian herba si ibu
  • mandikan baby
  • sediakan makan malam si ibu

Okey gambar-gambar ada dalam external harddrive yang sengaja kena tinggal tertinggal kat rumah. Okey nanti dah ada gambar i buat entry baru okey. In the mean time, sesiapa yang desperate berminat nak dapatkan perkhidmatan Confinement Lady nie boleh contact i dulu yer. Confinement Lady nie tak bagi i publish nombor telefon dia di ruang cyber. Takut diganggu dengan panggilan dengan permintaan yang bukan-bukan daripada kaum Adam katanya ekekekeke.

caucincauuu

Intan 013-3900709 (whatsapp)
intanyusof9778@gmail.com

Tips Banyakkan Susu Ibu

Haaa ni memang tried, tested and proven menjadik tips nak banyakkan susu ibu okey. Kita memang gunakan herba-herba yang yang sedia ada kat Malaysia nie. Apa jenis-jenis herba yang boleh banyakkan susu ibu ni?

Scroll down please :-)



Jintan Manis. Atau Fennel (Adas) herb

Bunga lawang. Atau anise



Habbatus Sauda. Atau Nigella Sativa. Atau Fennel flower
Jintan putih. Atau cumin


Halba. Atau fenugreek

Ya, ibu-ibu sekalian. Inilah lima jenis herba yang memang boleh membanyakkan susu ibu sekiranya diambil iaitu jintan manis, bunga lawang, habbatussauda, jintan putih dan halba. Ok, cemana cara nak ambik ni? Kena makan mentah-mentah ker (heiii tak lalu nak telan halba tuh mentah-mentah okeh). Ke buat sup dan minum sup tuh (letak halba apalah rasa sup tuh agaknya..)

Oh tidak.. kita jadikkan dia minuman seperti teh. Sukatan seperti di bawah :

Halba x 1/2 sudu teh
Jintan manis x 1 sudu teh
Jintan putih x3/4 sudu teh
Bunga lawang x 2 biji
Habbatussauda x 1/2 sudu teh


Haaa, rebus camnih ek. Tenggek atas api dapur.
 
Caranya adalah kita rebus dengan api kecik semua herba yang disebutkan di atas. Sebaik sahaja air menggelak, terus tutup api dapur dan tutup periuk/teko/ apalah bekas yang rebus herba-herba ni tadi. Biarkan suam dan minum. Rasa air rebusan ni macam kita minum teh tapi feel minty-minty sikit. Takde la kuat bau dan rasa halba tuh.

Kalau nak cepat atau kata lainnya~ malas nak jerang atas dapur, boleh ajer curah ngan air panas dalam cawan yang diisi herba-herba tadi dan terus tutup. Macam gambar kat bawah nih.

Kalau takde tapis teh tuh pun takpe. Nak minum nanti baru guna tapis stokin ala mamak haha!


Teh herba ni memang langsung takde bau dan rasa halba. Memang menyegarkan bila minum. Tak macam air halba rebus..kalau tak kuat semangat memang tak lalu nak minum. Tapi sebab nak banyakkan susu ibu untuk stok Isaac bila i dah masuk kerja nanti, maka gigih i habiskan air halba rebus tau..tsk tsk. Jadi bila dah dapat resepi baru nie memang i bersyukur sangat-sangat sebab rasa dia memang berbeza.

Keberkesanan? Sama hebat macam kalau kita minum air rebusan halba tau. Kalau minum waktu petang, nanti waktu susukan baby memang akan boleh leaking*. So siapa yang rajin tandem nursing and pumping** baby misti happy giler. Tak payah susah-susah beli nursing tea yang dijual di butik-butik baby tuh. Mahal okey sekotak ada 20 uncang rm30++. ni kalo beli kos tak sampai seploh hengget!!!! Nursing tea tuh mat salleh nak minum sebab dorang payah nak carik herba-herba tuh. Kita nie berlambak jual dari kedai runcit sampailah ke jusco, tesco, carrefour semua hado! Save bajet uolss ahhahhaha.



Testimoni Isaac Izzudin, bayi berusia 3 bulan setengah.


Memang terbaek dan sangat mengenyangkan.. ZZZZZzzzzzzz...

note :

*leaking

**tandem nusing and pumping


Tuesday, July 16, 2013

Sabun Marine Essence Berbentuk Cecair dan Syampu??

Dukacita dimaklumkan bahawa sabun Marine Essence mengalami out of stok sehingga diberitahu kelak. Huhuhuhuhu

In the mean time, mari gunakan Marine Essence Shampoo dan Marine Essence Bodywash

Wah, adakah ini penjenamaan semula sabun marine essence yang sedang hangat di pasaran? Sabun marine essence nie memang mendapat permintaan yang tinggi dari dulu hingga kini apatah lagi dah nak menyambut raya nie kan. Amboi, puasa pun belum dah pikir raya gitew. Ofkos bila Syawal menjelma nanti bukan sahaja kita nak sambut dengan bentuk badan yang baru malah pasti kita nak tampil lebih cantik, kacak, anggun kan? Pendek kata memang nak memukau semua yang datang beraya dengan kita lah, hehe.

Jadi, memperkenalkan Marine Essence Shampoo dan Marine Essence Bodywash terbaharu yang berada di pasaran sekarang.

Shampoo Marine Essence

Bodywash Marine Essence


Seriously saya sukaaaaaaaaaaaaa sebab bau kedua-dua produk nie sangatlah soft smelling. Kalau tengok promosi sabun Marine Essence wangi, haaaa meh sini Kak Ton nak bitau bodywash Marine Essence dan shampoo Marine Essence nie jauh lebih wangi dan bau yang lebih lembut. 

Shampoo Marine Essence nie memanglah teramat sesuai bagi wanita hijabista yang pakai tudung (apakah...kalo dah hijabista mistilah pakai tudung oh my englishhhh) kerana terlalu lama rambut kita berada dalam serkup yang dilayer dengan tudung dan skarf berlapis-lapis. kata hijabista, kan. Tudung kena lah uptodate kan? Bayangkan kalau yang rumah dan tempat kerja jauh memakan masa sejam dua jam nak sampai (bukan faktor jarak tapi faktor kesesakan lalulintas contohnya) pastu kerja pulak 8 jam minimum. Balik kerja lagi sekali menempuhi cabaran yang sama. Mau 10jam rambut terperap dengan peluh, berminyak, panas, berkuap =  kepam!!

Jadi, gunalah shampoo Marine Essence ini. 

Anda pasti tidak menyesali.

Intan 013-3900709 (whatsapp)

intanyusof9778@gmail.com

Friday, June 21, 2013

Sabun Best ~ Marine Essence Beauty Bar #2

Testimonial

WOWWWWW i sangat berpuas hati dengan sabun Marine Essence nie tau. Memang i sekarang putih gebuwwwww okey, muahahahahaha. Kesan kecoklatan capuk-capuk kat sekitar leher yang disebabkan oleh mengandung tempoh hari dah hilang sepenuhnya.

Malah ketiak juga semakin cerah dan warna kulit di kawasan ketiak bakal sekata dengan warna kulit asal. Di tempat lain yang ada masalah yakni di kawasan you-know-where juga menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan. Kesimpulannya ~ Saya Suka! Saya Suka. Saya Sukaaa! (Nada MeiMei dalam animasi UpinIpin)

Oh ya. Ada bonus tambahan kalau pakai sabun Marine Essence nie kalau penggunaannya secara teratur 2 kali sehari secara konsisten. Sabun Marine Essence ini turut menghilangkan BAU BADAN!!!! Yes!!!!! Dah la wangi, bantu kurangkan kesan hitam di ketiak dan kawasan-kawasan lain, lepas tuh bau badan pun hilang. Boleh bankrap tokey deodorant pasnih!

Bukan itu ajer, sabun Marine Essence nie selamat digunakan buat kanak-kanak. Kelly anak i yang no. 3 tuh umur 1 tahun 11 bulan masa i lumurkan buih sabun Marine Essence nie bila mandi. Alhamdulillah sekarang malam-malam memang tido nyenyak takde menggaru-garu lagi dah. Kalau tak, dulu sampai berdarah dia garu badan dia. Mana tak nya, luka bekas garu semalam berkuping nak baik akibat digaru sampai terkopek luka tuh. Habis berdarah kena cadar katil. Merengek ajer malam-malam tak tahan miang. Hurm sekarang nie parut pun takde.

Jadi best ke tak sabun Marine Essence nie?

Kalau tanya saya memanglah jawapannya BEST SANGAT!!

Kalau nak test boleh contact i okeh. Have a nice day :)
Intan 013-3900709 (whatsapp)
intanyusof9778@gmail.com

Wednesday, May 8, 2013

Sabun Best~ Marine Essence Beauty Bar


Marine Essence Beauty Bar

Saiz sabun Marine Essence Beauty Bar

Kenapa i tulis sabun Marine Essence Beauty Bar nie best? Sebab ia memang best especially untuk ibu-ibu yang lepas bersalin. Mesti ada masalah kehitaman di ketiak, celah peha, kat leher dan jugak masalah jerawat kat belakang, kan? Haaa, ini lah solusinyer. Sabun terbaharu yang bukan sahaja sesuai untuk mencantikkan si ibu malah sesuai digunakan oleh seisi keluarga uols! 

Macam i ni memang keturunan asthma, daripada arwah atuk pastuh kakak memang asthmatic dan i pulak eczema yang menurun ke Myra dan Kelly. So sekarang memang i tengah pakai, baru 2 hari tapi not bad okey. Bau memang lembut, memang wangi. Rasa gatal nak garu-garu bila berpeluh tuh memang  dah takde. Sekarang ni tengah monitor Kelly sebab dia yang paling banyak naik ruam, maklumlah duduk kat daycare bukan ada aircon kan, heheh.

Oh ya, sabun nie ada nama glemer dia jugak iaitu sabun ketiak!!! Hahahahaha sebab memang dapat cerahkan balik masalah sejagat ketiak itam dan juga celah-celah mana yang itam-itam itu, hihi.

So, mari kita lihat apa ingredients dalam sabun Marine Essence Beauty Bar nih.

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk      menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Kalau nak test boleh contact i okeh. Have a nice day :)
Intan 013-3900709 (whatsapp)
intanyusof9778@gmail.com

Monday, April 8, 2013

special DELIVERY!

I dah beranak uols. Tanggal 27 Mac 2013, hari Rabu.

Perasaan? Lega yang hamat. Sebab semua dah berlalu dengan selamat. Alhamdulillah ibu dan baby sihat.

Baby apa? Baby BOY (perlu ke capital letters?? ahaks).

Suka ke tak? Of course suka sangat!!! 

Nama baby? Isaac Izuddin bin Inderadin


Isaac Izuddin bin Inderadin. 13 days old.

I'm a proud mommah of 3 girls and a boy. 


My anak daras dengan adik lelaki mereka.. Cantek2 kan mereka. Heheh

HOiyeah, dah dapat boy bleh tutup kilang dah. YEEEHAH!!!!!


Wednesday, March 20, 2013

What To Expect When U Expecting #5

What to expect when you are expecting like number whaaaa????

Okey my pregnancy has reach the full term...urmmm esok genap 37minggu. Perut sangat besar, jalan memang terkengkang-kengkang, dan sangat lambat. Mengah okey dan sangat cepat penat. Takde stamina langsung.

So what is it to expect??

Expect a lot of discomfort be it while ur sitting down or lying down or even when u slow walk.. memang tidur malam tak nyenyak sebab bila nak ubah posisi tuh pinggang sakit, belakang sakit, pundi kencing sakit sumer lah serba tak kena dan sangat uncomfortable. Lawatan ke tandas yang sangat kerap akibat pundi kencing yang sempit ditekan perut yang makin besar. Mengah bila berjalan sebab kandungan makin berat.. nie sikit ajer nie. Ala, dah nak sampai masa pun... sabar sikit lagi..

Kaki yang bengkak...adehhh

Tapi menjadi seorang ibu kan banyakkk pahala dia.. masa tengah mengandung pun kita dah dirahmati tau.. pahala bila kita solat waktu mengandung pun berganda-ganda. 

Perut di kala usia kandungan 37 minggu. Hehe

Jadi, bersyukurlah.. bukan semua wanita dapat pengalaman untuk hamil. Kan?

Monday, January 28, 2013

My Career

My Career atau Kerjayaku

Masa taip entri ni jam dah menunjukkan pukul 1.05pagi. Wah gigih bangun untuk update blog kan? Hahahaha. Actually nak menyiapkan tugasan iaitu kerja-kerja di opis. Fuhh, to those who didnt know me well i am a goverment servant tapi bukan berkhidmat kat kaunter atau akak kerani pejabat kerajaan yer. Akak nie officer, bak kata kakak-kakak hakak kat umah - PEGAWAI. Oh mereka memang suka mengeji kerjaya ku yang pada mereka "ye la, ko sorang ajer kerja gomen kannn... PEGAWAI!". So kalo ada aktiviti makan-makan kat umah mama maka dorang akan btau pada masa-masa kecederaan yakni just in time for me to go to my mom's place and eat. Tapau and everything usually they already did since "alaa paham ko busy kena rushing jemput anak, bawak keje balik umah bla bla bla. haa ni takyah masak dah kitorg dah tapaukan siap-siap." Huhu, takper lah. Hakak rela dicemuh la camni janji dapat layanan first class. ye la, akak kan PEGAWAI kannnn. Ahahahahahha!

Maafkan saya, saya bukannyer update blog saya untuk membangga diri sebagai pegawai kerajaan yer.

Disini saya nak terangkan betapa tittle PEGAWAI ni bukan datang secara percuma, sewenang-wenangnyer mahupun menggolek. You have to earn this tittle. Zaman hakak apply nak kijer gomen nie kan dik serious akak isi borang SPA online tu lepas 2 tahun baru dia panggil akak interview dik. So kena lalui 3 steps iaitu amik exam bertulis, assessment 3 hari berturut-turut yakni kena bermalam kat INTAN Kluang dan yang terakhir kena pegi interview. Ingatkan tak dapat tapi Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Dapat la jadi pegawai.

Dah dapat jadik pegawai, cabaran pertama sebagai junior officer : menjadi urus setia kepada mesyuarat yang bermula kepada jam 5 petang dan hanya berakhir pada jam 3-4pagi keesokan harinya. Setiap hari kecuali hujung minggu sabtu dan ahad. Memang lebam mata hakak okey. Senior hakak pun siap cakap kat kerani "kalo Puan Intan tertido takyah la kejut dia. sian dia..dah la anak kecik lagi". Yup, myra was 8months old at that time and she was still breastfeeding. 3 bulan hidup akak camtuh. A very good experience and the chairman, Dato' P. Manogran is the best boss everrrr!!! Banyak kali jugak beliau hantar akak balik umah kat Keramat sebab umah beliau di Wangsa Maju. Siap ajak gi opis sesama plak tuh oh takpe lah Dato. Well Dato' P. Manogran dah selamat berpencen pun. Tapi apa yang aku dapat daripada beliau akan aku teladani.

Itu masa tahun 2006. Tahun 2009 pulak akak terlibat jadik urus setia Projek Rangsangan Ekonomi disebabkan masalah graduan menganggur, pekerja diberhentikan dan lain-lain. Pun sama gak nasib akak tapi lagi kejam sebab masa nie anak dah 2 orang, laki plak takde kat Malaysia masa tuh dan mesyuarat kali ni siap diadakan pada hari sabtu dan ahad. Good thing was i had a very reliable babysitter at that time who loves and treats both of my girls as her own. Kekadang tengah lunch break i call them up nanti Mummy Ila akan btau "weols kat Zoo Negara ni mama". Tak pun "weols kat Melaka nie..". Bila demam dorang akan bawak anak-anak aku gi klinik terus. Aku akan mintak bill dan refund dorang but most of the time dorang akan guna nama anak-anak dorang utk dapat medical service free sebab panel. Terharu tak?

Then in 2011, i was expecting Kelly, my third child when suddenly i was in the midst of negotiation meeting. Kena stayback kejap sampai jam 9 malam ajer sebab boss tak segila bosses sebelum nie tapi punyerlah detail meeting tuh sampai hari-hari bawak keje balik umah okey. Masa nie menumpang umah mama sebab laki akak kontrak baru dia sebulan kat Malaysia dan sebulan lagi kat negara yang dia handle construction project tuh.Balik umah biasanya anak-anak dah siap mandi sebab balik dari umah Mummy Ila the babysitter memang Mummy tuh akan pastikan dorang balik tinggal tido ajer. Tau betapa busy nyer mama dorang nie. nenek pun tinggal melayan cucu-cucu dorang nie sikit-sikit ajer. Okey aku balik tukau topi, tadi topi pegawai skang dah pakai topi mak orang. Layan dorang sikit-sikit. Kalo aku tengah makan dorang nak manja-manja aku suapkan skali la. By 10pm aku akan masuk bilik dan golek-golek ngan dorang. Kalo aku takleh tido maka jam 11pm aku bangun dan bukak laptop kat dining umah mama dan meneruskan kerja-kerja opis. Tapi kalo aku tak larat biasanya dengan sendiri jam 3-4pagi aku akan bangun dan ngadap laptop. Mama akan kuar dari bilik lengkap bertelekung jengah aku. Jam 5.30pagi abah akan turun, urut-urut bahu aku dengan sebelah tangan beliau dan perlahan berpesan "Jaga diri. Jaga kesihatan. Awak tuh mengandung...". Aku akan angguk-angguk acknowledge kata-kata abah tapi jemari pantas menaip data-data.

Masa nie memang family sangat risaukan aku. Aku busy sangat. Bukan itu ajer, aku kena outstation ke Taiping selang seminggu. Seminggu Putrajaya, seminggu Taiping sampailah aku dah cukup bulan. Boss aku naik ke tingkat atas untuk bitau big boss "Dato' tolong jangan request Puan Intan yer. Dia dah due nak bersalin". Memang aku cam lipas kudung. Berlari manjang. Tapi bayangkan popuan gemok pendek berlari.. HAHAHAHAHA buruk siot!!!! Cam bawak belanga kat perut kih kih kih.

Sekarang? Haih dah masuk peringkat Manager tapi tahap busy tak berubah. Aku tetap bawak balik keje ke rumah. Kat opis banyak cabaran. Kejap-kejap boss panggil nak bincang. Pastuh kami plak ada discussion. Pastu three, kan? So kalo sesetengah benda memang aku kena buat kat umah la. Jam-jam segini waktu umah tenang, sepi..anak-anak dan laki lena diulit mimpi...aku berjaga buat keje.

Takpe. Aku redha. Aku tenang menerima semuanya. Sebab masa mula dapat masuk servis dulu (istilah gomen guna bila dapat masuk keje kerajaan) mama dan abah dah pesan "Ingat. Keje betul-betul.. Jangan main-main. Your salary is paid by the people. Kerja nie satu tanggungjawab. Satu amanah. Pegang betul-betul"

Mama, abah. Dikmas tak main-main dalam kerja ni. I am serious. This is my contribution to the people. To my country. To my religion. Dan disebabkan Dikmas dah niat kerja Dikmas ni ibadah, maka Dikmas percaya ada ganjaran daripada Nya. 

In Shaa Allah

Friday, January 25, 2013

What To Expect When Ur Expecting #4

What to expect when ur expecting?

Salah satu daripadanya adalah pendarahan atau bahasa omputihnya spotting atau bleeding. Aku nak share perkara nie sebab sepanjang 3 kehamilan aku memang terjadi pada aku lah.

Masa pregnantkan Myra, aku kat Batu Pahat. Weekend kat umah mak mentua. Lepas breakfast, went to the toilet to pee and then bila nak flush i was shocked to see a drop of dried blood about the size my thumb in the toilet bowl. I rushed to tell my husband, cecepat pegi klinik dan scan. Alhamdulillah. Pastu dah takde dah sepanjang usia kandungan.

Pregnantkan Anaqah. She was 5 months as a foetus. This time around i have to go back and forth Keramat, KL to Putrajaya. Usually by the time i got home i was sooooo mentally and physically exhausted that i usually fall asleep, only to wake up to perform solat n dinner with Myra and hubby. As usual, tido kejap. then bangun mandi...i was showering when i notice the blood. It was red and flowing together with drops of dried blood. DROPS okay. banyak giler. i was dizzy tapi bukan sebab sakit atau sebab darah banyak sangat keluar tapi dizzy sebab rasa nak pitam tengok air merah dengan ketulan-ketulan darah yang keluar. Keluar terus dari toilet, call hubby. He rushed home n took me to the nearest klinik and doktor scan. Alahamdulillah. takde apa2, baby aktif bla bla bla.. dapat la cuti sakit 3 hari.

Kelly plak. Time pregnantkan Kelly it was just spotting. Brownish. No foul smell or anything. So i brush it off, tak pegi doktor pun hehe. Cam terer ajer kan? Sib baik memang takde apa-apa sebab masa ni keje memang bizi giler dan highly stressful. At that time i was 5 months expecting.

Ok, the thing about my experience in bleeding and spotting in my pregnancy is that there was no pain involved. Takde  sakit rasa macam contraction ke, rasa sakit cam period  pain ke, memang takde. Dan bila jumpa doktor, dah scan pun doktor kata takde apa-apa. Dan pengalaman sebelum-sebelum tuh pulak memang doktor kata punca nya adalah stress, terlalu aktif bergerak, kena banyak rehat ajer...Sebab tuh konfiden tak pegi jumpa doktor bila ada brown spotting tuh. 

Ok skang aku hamil 7 bulan atau 29 minggu dan tiba-tiba berlaku pendarahan selepas aku mandi. Menitik-nitik sampai nak amik phone untuk call hubby pun abis menitik atas lantai kat family hall (sib baik xde karpet kat situ). Tunngu hubby jemput Myra abes swimmning class dalam kul 11malam dorang sampai umah. Tengah malam tu jugak terus rushed to Annur Hospital kat Bandar Baru Bangi and was admitted. Tapi kali ni memang saspen abis sebab dah 7 bulan++ dan dorang memang check throughly takut la kan... Oh memang ku akui ia adalah pengalaman yang menakutkan pun. Seram sejuk tapi mulut tak abes-abes cakap kat dorang "Saya tak rasa sakit pun. Cuma darah ajer banyak keluar".

Esok bila doktor cek sekali lagi dan dah aku pun berbuih mulut konfemkan pada doktor dah takde bleeding lagi baru doktor puas hati. Yeay takyah duk hospital lama-lama. Dapat cuti rehat dan of course kena rehat kat umah. 

Hehe, berehat ke? Mak anak 3 kalo berehat kat umah agak-agak jadik cemana ek rumah tuh?



HAHAHAHAAHAHA!

p/s : boleh dapatkan lebih maklumat pasal bleeding dan spotting disini.

Tuesday, January 22, 2013

kekecewaan

Rasa kecewa ni bukan sebab gagal dalam kehidupan atau apa..tapi lebih kepada rasa kecewa dengan insan-insan yang bergelar ketua. Boss lah. Haih..

I just hope that one day i won't become like them. Time has become shorter than when we were young. Where time as if stood still. As we grow older, 24 hours doesn't seem enough.

Apesal merepek pasal masa plak ni kan? Haha pasal boss bagi keje yang tak banyak tapi duk suh pinda-pinda. Haih sampaikan kalo aku dah buat 2minggu awal from schedule tapi sampai kat ko suka nak kejap2 tukau struktur ayat la, pindah perenggan last naik atas bla bla bla...oh my... mau tak last-last masa kecederaan jugak kannnnn. Grrrr

Tapi standard makan gaji macam tuh la. Kan? Nak tak nak kena la telan. Salah boss pun kita gak kena maki, kena bambu. Sebab apa????