Tuesday, July 23, 2013

Tips Banyakkan Susu Ibu

Haaa ni memang tried, tested and proven menjadik tips nak banyakkan susu ibu okey. Kita memang gunakan herba-herba yang yang sedia ada kat Malaysia nie. Apa jenis-jenis herba yang boleh banyakkan susu ibu ni?

Scroll down please :-)



Jintan Manis. Atau Fennel (Adas) herb

Bunga lawang. Atau anise



Habbatus Sauda. Atau Nigella Sativa. Atau Fennel flower
Jintan putih. Atau cumin


Halba. Atau fenugreek

Ya, ibu-ibu sekalian. Inilah lima jenis herba yang memang boleh membanyakkan susu ibu sekiranya diambil iaitu jintan manis, bunga lawang, habbatussauda, jintan putih dan halba. Ok, cemana cara nak ambik ni? Kena makan mentah-mentah ker (heiii tak lalu nak telan halba tuh mentah-mentah okeh). Ke buat sup dan minum sup tuh (letak halba apalah rasa sup tuh agaknya..)

Oh tidak.. kita jadikkan dia minuman seperti teh. Sukatan seperti di bawah :

Halba x 1/2 sudu teh
Jintan manis x 1 sudu teh
Jintan putih x3/4 sudu teh
Bunga lawang x 2 biji
Habbatussauda x 1/2 sudu teh


Haaa, rebus camnih ek. Tenggek atas api dapur.
 
Caranya adalah kita rebus dengan api kecik semua herba yang disebutkan di atas. Sebaik sahaja air menggelak, terus tutup api dapur dan tutup periuk/teko/ apalah bekas yang rebus herba-herba ni tadi. Biarkan suam dan minum. Rasa air rebusan ni macam kita minum teh tapi feel minty-minty sikit. Takde la kuat bau dan rasa halba tuh.

Kalau nak cepat atau kata lainnya~ malas nak jerang atas dapur, boleh ajer curah ngan air panas dalam cawan yang diisi herba-herba tadi dan terus tutup. Macam gambar kat bawah nih.

Kalau takde tapis teh tuh pun takpe. Nak minum nanti baru guna tapis stokin ala mamak haha!


Teh herba ni memang langsung takde bau dan rasa halba. Memang menyegarkan bila minum. Tak macam air halba rebus..kalau tak kuat semangat memang tak lalu nak minum. Tapi sebab nak banyakkan susu ibu untuk stok Isaac bila i dah masuk kerja nanti, maka gigih i habiskan air halba rebus tau..tsk tsk. Jadi bila dah dapat resepi baru nie memang i bersyukur sangat-sangat sebab rasa dia memang berbeza.

Keberkesanan? Sama hebat macam kalau kita minum air rebusan halba tau. Kalau minum waktu petang, nanti waktu susukan baby memang akan boleh leaking*. So siapa yang rajin tandem nursing and pumping** baby misti happy giler. Tak payah susah-susah beli nursing tea yang dijual di butik-butik baby tuh. Mahal okey sekotak ada 20 uncang rm30++. ni kalo beli kos tak sampai seploh hengget!!!! Nursing tea tuh mat salleh nak minum sebab dorang payah nak carik herba-herba tuh. Kita nie berlambak jual dari kedai runcit sampailah ke jusco, tesco, carrefour semua hado! Save bajet uolss ahhahhaha.



Testimoni Isaac Izzudin, bayi berusia 3 bulan setengah.


Memang terbaek dan sangat mengenyangkan.. ZZZZZzzzzzzz...

note :

*leaking

**tandem nusing and pumping


No comments:

Post a Comment