Monday, January 28, 2013

My Career

My Career atau Kerjayaku

Masa taip entri ni jam dah menunjukkan pukul 1.05pagi. Wah gigih bangun untuk update blog kan? Hahahaha. Actually nak menyiapkan tugasan iaitu kerja-kerja di opis. Fuhh, to those who didnt know me well i am a goverment servant tapi bukan berkhidmat kat kaunter atau akak kerani pejabat kerajaan yer. Akak nie officer, bak kata kakak-kakak hakak kat umah - PEGAWAI. Oh mereka memang suka mengeji kerjaya ku yang pada mereka "ye la, ko sorang ajer kerja gomen kannn... PEGAWAI!". So kalo ada aktiviti makan-makan kat umah mama maka dorang akan btau pada masa-masa kecederaan yakni just in time for me to go to my mom's place and eat. Tapau and everything usually they already did since "alaa paham ko busy kena rushing jemput anak, bawak keje balik umah bla bla bla. haa ni takyah masak dah kitorg dah tapaukan siap-siap." Huhu, takper lah. Hakak rela dicemuh la camni janji dapat layanan first class. ye la, akak kan PEGAWAI kannnn. Ahahahahahha!

Maafkan saya, saya bukannyer update blog saya untuk membangga diri sebagai pegawai kerajaan yer.

Disini saya nak terangkan betapa tittle PEGAWAI ni bukan datang secara percuma, sewenang-wenangnyer mahupun menggolek. You have to earn this tittle. Zaman hakak apply nak kijer gomen nie kan dik serious akak isi borang SPA online tu lepas 2 tahun baru dia panggil akak interview dik. So kena lalui 3 steps iaitu amik exam bertulis, assessment 3 hari berturut-turut yakni kena bermalam kat INTAN Kluang dan yang terakhir kena pegi interview. Ingatkan tak dapat tapi Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Dapat la jadi pegawai.

Dah dapat jadik pegawai, cabaran pertama sebagai junior officer : menjadi urus setia kepada mesyuarat yang bermula kepada jam 5 petang dan hanya berakhir pada jam 3-4pagi keesokan harinya. Setiap hari kecuali hujung minggu sabtu dan ahad. Memang lebam mata hakak okey. Senior hakak pun siap cakap kat kerani "kalo Puan Intan tertido takyah la kejut dia. sian dia..dah la anak kecik lagi". Yup, myra was 8months old at that time and she was still breastfeeding. 3 bulan hidup akak camtuh. A very good experience and the chairman, Dato' P. Manogran is the best boss everrrr!!! Banyak kali jugak beliau hantar akak balik umah kat Keramat sebab umah beliau di Wangsa Maju. Siap ajak gi opis sesama plak tuh oh takpe lah Dato. Well Dato' P. Manogran dah selamat berpencen pun. Tapi apa yang aku dapat daripada beliau akan aku teladani.

Itu masa tahun 2006. Tahun 2009 pulak akak terlibat jadik urus setia Projek Rangsangan Ekonomi disebabkan masalah graduan menganggur, pekerja diberhentikan dan lain-lain. Pun sama gak nasib akak tapi lagi kejam sebab masa nie anak dah 2 orang, laki plak takde kat Malaysia masa tuh dan mesyuarat kali ni siap diadakan pada hari sabtu dan ahad. Good thing was i had a very reliable babysitter at that time who loves and treats both of my girls as her own. Kekadang tengah lunch break i call them up nanti Mummy Ila akan btau "weols kat Zoo Negara ni mama". Tak pun "weols kat Melaka nie..". Bila demam dorang akan bawak anak-anak aku gi klinik terus. Aku akan mintak bill dan refund dorang but most of the time dorang akan guna nama anak-anak dorang utk dapat medical service free sebab panel. Terharu tak?

Then in 2011, i was expecting Kelly, my third child when suddenly i was in the midst of negotiation meeting. Kena stayback kejap sampai jam 9 malam ajer sebab boss tak segila bosses sebelum nie tapi punyerlah detail meeting tuh sampai hari-hari bawak keje balik umah okey. Masa nie menumpang umah mama sebab laki akak kontrak baru dia sebulan kat Malaysia dan sebulan lagi kat negara yang dia handle construction project tuh.Balik umah biasanya anak-anak dah siap mandi sebab balik dari umah Mummy Ila the babysitter memang Mummy tuh akan pastikan dorang balik tinggal tido ajer. Tau betapa busy nyer mama dorang nie. nenek pun tinggal melayan cucu-cucu dorang nie sikit-sikit ajer. Okey aku balik tukau topi, tadi topi pegawai skang dah pakai topi mak orang. Layan dorang sikit-sikit. Kalo aku tengah makan dorang nak manja-manja aku suapkan skali la. By 10pm aku akan masuk bilik dan golek-golek ngan dorang. Kalo aku takleh tido maka jam 11pm aku bangun dan bukak laptop kat dining umah mama dan meneruskan kerja-kerja opis. Tapi kalo aku tak larat biasanya dengan sendiri jam 3-4pagi aku akan bangun dan ngadap laptop. Mama akan kuar dari bilik lengkap bertelekung jengah aku. Jam 5.30pagi abah akan turun, urut-urut bahu aku dengan sebelah tangan beliau dan perlahan berpesan "Jaga diri. Jaga kesihatan. Awak tuh mengandung...". Aku akan angguk-angguk acknowledge kata-kata abah tapi jemari pantas menaip data-data.

Masa nie memang family sangat risaukan aku. Aku busy sangat. Bukan itu ajer, aku kena outstation ke Taiping selang seminggu. Seminggu Putrajaya, seminggu Taiping sampailah aku dah cukup bulan. Boss aku naik ke tingkat atas untuk bitau big boss "Dato' tolong jangan request Puan Intan yer. Dia dah due nak bersalin". Memang aku cam lipas kudung. Berlari manjang. Tapi bayangkan popuan gemok pendek berlari.. HAHAHAHAHA buruk siot!!!! Cam bawak belanga kat perut kih kih kih.

Sekarang? Haih dah masuk peringkat Manager tapi tahap busy tak berubah. Aku tetap bawak balik keje ke rumah. Kat opis banyak cabaran. Kejap-kejap boss panggil nak bincang. Pastuh kami plak ada discussion. Pastu three, kan? So kalo sesetengah benda memang aku kena buat kat umah la. Jam-jam segini waktu umah tenang, sepi..anak-anak dan laki lena diulit mimpi...aku berjaga buat keje.

Takpe. Aku redha. Aku tenang menerima semuanya. Sebab masa mula dapat masuk servis dulu (istilah gomen guna bila dapat masuk keje kerajaan) mama dan abah dah pesan "Ingat. Keje betul-betul.. Jangan main-main. Your salary is paid by the people. Kerja nie satu tanggungjawab. Satu amanah. Pegang betul-betul"

Mama, abah. Dikmas tak main-main dalam kerja ni. I am serious. This is my contribution to the people. To my country. To my religion. Dan disebabkan Dikmas dah niat kerja Dikmas ni ibadah, maka Dikmas percaya ada ganjaran daripada Nya. 

In Shaa Allah

No comments:

Post a Comment