Monday, January 28, 2013

My Career

My Career atau Kerjayaku

Masa taip entri ni jam dah menunjukkan pukul 1.05pagi. Wah gigih bangun untuk update blog kan? Hahahaha. Actually nak menyiapkan tugasan iaitu kerja-kerja di opis. Fuhh, to those who didnt know me well i am a goverment servant tapi bukan berkhidmat kat kaunter atau akak kerani pejabat kerajaan yer. Akak nie officer, bak kata kakak-kakak hakak kat umah - PEGAWAI. Oh mereka memang suka mengeji kerjaya ku yang pada mereka "ye la, ko sorang ajer kerja gomen kannn... PEGAWAI!". So kalo ada aktiviti makan-makan kat umah mama maka dorang akan btau pada masa-masa kecederaan yakni just in time for me to go to my mom's place and eat. Tapau and everything usually they already did since "alaa paham ko busy kena rushing jemput anak, bawak keje balik umah bla bla bla. haa ni takyah masak dah kitorg dah tapaukan siap-siap." Huhu, takper lah. Hakak rela dicemuh la camni janji dapat layanan first class. ye la, akak kan PEGAWAI kannnn. Ahahahahahha!

Maafkan saya, saya bukannyer update blog saya untuk membangga diri sebagai pegawai kerajaan yer.

Disini saya nak terangkan betapa tittle PEGAWAI ni bukan datang secara percuma, sewenang-wenangnyer mahupun menggolek. You have to earn this tittle. Zaman hakak apply nak kijer gomen nie kan dik serious akak isi borang SPA online tu lepas 2 tahun baru dia panggil akak interview dik. So kena lalui 3 steps iaitu amik exam bertulis, assessment 3 hari berturut-turut yakni kena bermalam kat INTAN Kluang dan yang terakhir kena pegi interview. Ingatkan tak dapat tapi Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Dapat la jadi pegawai.

Dah dapat jadik pegawai, cabaran pertama sebagai junior officer : menjadi urus setia kepada mesyuarat yang bermula kepada jam 5 petang dan hanya berakhir pada jam 3-4pagi keesokan harinya. Setiap hari kecuali hujung minggu sabtu dan ahad. Memang lebam mata hakak okey. Senior hakak pun siap cakap kat kerani "kalo Puan Intan tertido takyah la kejut dia. sian dia..dah la anak kecik lagi". Yup, myra was 8months old at that time and she was still breastfeeding. 3 bulan hidup akak camtuh. A very good experience and the chairman, Dato' P. Manogran is the best boss everrrr!!! Banyak kali jugak beliau hantar akak balik umah kat Keramat sebab umah beliau di Wangsa Maju. Siap ajak gi opis sesama plak tuh oh takpe lah Dato. Well Dato' P. Manogran dah selamat berpencen pun. Tapi apa yang aku dapat daripada beliau akan aku teladani.

Itu masa tahun 2006. Tahun 2009 pulak akak terlibat jadik urus setia Projek Rangsangan Ekonomi disebabkan masalah graduan menganggur, pekerja diberhentikan dan lain-lain. Pun sama gak nasib akak tapi lagi kejam sebab masa nie anak dah 2 orang, laki plak takde kat Malaysia masa tuh dan mesyuarat kali ni siap diadakan pada hari sabtu dan ahad. Good thing was i had a very reliable babysitter at that time who loves and treats both of my girls as her own. Kekadang tengah lunch break i call them up nanti Mummy Ila akan btau "weols kat Zoo Negara ni mama". Tak pun "weols kat Melaka nie..". Bila demam dorang akan bawak anak-anak aku gi klinik terus. Aku akan mintak bill dan refund dorang but most of the time dorang akan guna nama anak-anak dorang utk dapat medical service free sebab panel. Terharu tak?

Then in 2011, i was expecting Kelly, my third child when suddenly i was in the midst of negotiation meeting. Kena stayback kejap sampai jam 9 malam ajer sebab boss tak segila bosses sebelum nie tapi punyerlah detail meeting tuh sampai hari-hari bawak keje balik umah okey. Masa nie menumpang umah mama sebab laki akak kontrak baru dia sebulan kat Malaysia dan sebulan lagi kat negara yang dia handle construction project tuh.Balik umah biasanya anak-anak dah siap mandi sebab balik dari umah Mummy Ila the babysitter memang Mummy tuh akan pastikan dorang balik tinggal tido ajer. Tau betapa busy nyer mama dorang nie. nenek pun tinggal melayan cucu-cucu dorang nie sikit-sikit ajer. Okey aku balik tukau topi, tadi topi pegawai skang dah pakai topi mak orang. Layan dorang sikit-sikit. Kalo aku tengah makan dorang nak manja-manja aku suapkan skali la. By 10pm aku akan masuk bilik dan golek-golek ngan dorang. Kalo aku takleh tido maka jam 11pm aku bangun dan bukak laptop kat dining umah mama dan meneruskan kerja-kerja opis. Tapi kalo aku tak larat biasanya dengan sendiri jam 3-4pagi aku akan bangun dan ngadap laptop. Mama akan kuar dari bilik lengkap bertelekung jengah aku. Jam 5.30pagi abah akan turun, urut-urut bahu aku dengan sebelah tangan beliau dan perlahan berpesan "Jaga diri. Jaga kesihatan. Awak tuh mengandung...". Aku akan angguk-angguk acknowledge kata-kata abah tapi jemari pantas menaip data-data.

Masa nie memang family sangat risaukan aku. Aku busy sangat. Bukan itu ajer, aku kena outstation ke Taiping selang seminggu. Seminggu Putrajaya, seminggu Taiping sampailah aku dah cukup bulan. Boss aku naik ke tingkat atas untuk bitau big boss "Dato' tolong jangan request Puan Intan yer. Dia dah due nak bersalin". Memang aku cam lipas kudung. Berlari manjang. Tapi bayangkan popuan gemok pendek berlari.. HAHAHAHAHA buruk siot!!!! Cam bawak belanga kat perut kih kih kih.

Sekarang? Haih dah masuk peringkat Manager tapi tahap busy tak berubah. Aku tetap bawak balik keje ke rumah. Kat opis banyak cabaran. Kejap-kejap boss panggil nak bincang. Pastuh kami plak ada discussion. Pastu three, kan? So kalo sesetengah benda memang aku kena buat kat umah la. Jam-jam segini waktu umah tenang, sepi..anak-anak dan laki lena diulit mimpi...aku berjaga buat keje.

Takpe. Aku redha. Aku tenang menerima semuanya. Sebab masa mula dapat masuk servis dulu (istilah gomen guna bila dapat masuk keje kerajaan) mama dan abah dah pesan "Ingat. Keje betul-betul.. Jangan main-main. Your salary is paid by the people. Kerja nie satu tanggungjawab. Satu amanah. Pegang betul-betul"

Mama, abah. Dikmas tak main-main dalam kerja ni. I am serious. This is my contribution to the people. To my country. To my religion. Dan disebabkan Dikmas dah niat kerja Dikmas ni ibadah, maka Dikmas percaya ada ganjaran daripada Nya. 

In Shaa Allah

Friday, January 25, 2013

What To Expect When Ur Expecting #4

What to expect when ur expecting?

Salah satu daripadanya adalah pendarahan atau bahasa omputihnya spotting atau bleeding. Aku nak share perkara nie sebab sepanjang 3 kehamilan aku memang terjadi pada aku lah.

Masa pregnantkan Myra, aku kat Batu Pahat. Weekend kat umah mak mentua. Lepas breakfast, went to the toilet to pee and then bila nak flush i was shocked to see a drop of dried blood about the size my thumb in the toilet bowl. I rushed to tell my husband, cecepat pegi klinik dan scan. Alhamdulillah. Pastu dah takde dah sepanjang usia kandungan.

Pregnantkan Anaqah. She was 5 months as a foetus. This time around i have to go back and forth Keramat, KL to Putrajaya. Usually by the time i got home i was sooooo mentally and physically exhausted that i usually fall asleep, only to wake up to perform solat n dinner with Myra and hubby. As usual, tido kejap. then bangun mandi...i was showering when i notice the blood. It was red and flowing together with drops of dried blood. DROPS okay. banyak giler. i was dizzy tapi bukan sebab sakit atau sebab darah banyak sangat keluar tapi dizzy sebab rasa nak pitam tengok air merah dengan ketulan-ketulan darah yang keluar. Keluar terus dari toilet, call hubby. He rushed home n took me to the nearest klinik and doktor scan. Alahamdulillah. takde apa2, baby aktif bla bla bla.. dapat la cuti sakit 3 hari.

Kelly plak. Time pregnantkan Kelly it was just spotting. Brownish. No foul smell or anything. So i brush it off, tak pegi doktor pun hehe. Cam terer ajer kan? Sib baik memang takde apa-apa sebab masa ni keje memang bizi giler dan highly stressful. At that time i was 5 months expecting.

Ok, the thing about my experience in bleeding and spotting in my pregnancy is that there was no pain involved. Takde  sakit rasa macam contraction ke, rasa sakit cam period  pain ke, memang takde. Dan bila jumpa doktor, dah scan pun doktor kata takde apa-apa. Dan pengalaman sebelum-sebelum tuh pulak memang doktor kata punca nya adalah stress, terlalu aktif bergerak, kena banyak rehat ajer...Sebab tuh konfiden tak pegi jumpa doktor bila ada brown spotting tuh. 

Ok skang aku hamil 7 bulan atau 29 minggu dan tiba-tiba berlaku pendarahan selepas aku mandi. Menitik-nitik sampai nak amik phone untuk call hubby pun abis menitik atas lantai kat family hall (sib baik xde karpet kat situ). Tunngu hubby jemput Myra abes swimmning class dalam kul 11malam dorang sampai umah. Tengah malam tu jugak terus rushed to Annur Hospital kat Bandar Baru Bangi and was admitted. Tapi kali ni memang saspen abis sebab dah 7 bulan++ dan dorang memang check throughly takut la kan... Oh memang ku akui ia adalah pengalaman yang menakutkan pun. Seram sejuk tapi mulut tak abes-abes cakap kat dorang "Saya tak rasa sakit pun. Cuma darah ajer banyak keluar".

Esok bila doktor cek sekali lagi dan dah aku pun berbuih mulut konfemkan pada doktor dah takde bleeding lagi baru doktor puas hati. Yeay takyah duk hospital lama-lama. Dapat cuti rehat dan of course kena rehat kat umah. 

Hehe, berehat ke? Mak anak 3 kalo berehat kat umah agak-agak jadik cemana ek rumah tuh?



HAHAHAHAAHAHA!

p/s : boleh dapatkan lebih maklumat pasal bleeding dan spotting disini.

Tuesday, January 22, 2013

kekecewaan

Rasa kecewa ni bukan sebab gagal dalam kehidupan atau apa..tapi lebih kepada rasa kecewa dengan insan-insan yang bergelar ketua. Boss lah. Haih..

I just hope that one day i won't become like them. Time has become shorter than when we were young. Where time as if stood still. As we grow older, 24 hours doesn't seem enough.

Apesal merepek pasal masa plak ni kan? Haha pasal boss bagi keje yang tak banyak tapi duk suh pinda-pinda. Haih sampaikan kalo aku dah buat 2minggu awal from schedule tapi sampai kat ko suka nak kejap2 tukau struktur ayat la, pindah perenggan last naik atas bla bla bla...oh my... mau tak last-last masa kecederaan jugak kannnnn. Grrrr

Tapi standard makan gaji macam tuh la. Kan? Nak tak nak kena la telan. Salah boss pun kita gak kena maki, kena bambu. Sebab apa????




Tuesday, December 18, 2012

YEAR END SALE PROMOTION!

In conjunction with Year End Sale 2012 (YES 2012) which is happening in the whole Malaysia, I also wanna take this opportunity to have a promotion on the highly demanded and sought after luxurious health corset- Premium Beautiful

Promotion till end of the year yah! (31 December 2012). 


For every purchase of 1 COMPLETE SET of Premium Beautiful via full cash, credit card or RHB Easy
you are entitled to:
1) Cash rebate of RM150 
(Price range of RM2200 - RM2400)
  2) PB Wash worth RM42;
3) 1 box of Lactolite worth RM158 OR 1 box of BB Plus Collagen worth RM180

A hell of a combo right? If you like consulting me first before making THE investment for a life time (Premium Beautiful corset is under a life time warranty), feel free to reach me via the contact alternatives below.

 Intan 013-3900709 (whatsapp)  
intanyusof9778@gmail.com

Wednesday, December 12, 2012

Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu/ Increase Breast Milk Production

Wanita berkerjaya dan dilema penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan

Kali ni nak berkongsi tips bagaimana nak tingkatkan pengeluaran susu ibu. 

Impian setiap ibu yang susukan anak.. Bekalan susu ibu yang banyak cengini

Ye la, sekarang memang trend untuk para ibu susukan anak-anak. Sebab tuh banyak online shop, blog shop yang jual produk-produk berkaitan susukan anak seperti nursing cover, breastpump untuk susu ibu - single pump, double pump, manual, electric or battery operated. Cakap ajer- terdetik di minda, tercurik dengar perbualan ibu-ibu muda di kopitiam, cafe dan di bistro terkemuka berkaitan susu ibu, cuma google dan VOILA! Mesti terpaku dengan pilihan-pilihan yang ada. It's hip, tendy and so IN now to breastfeed your baby.

Masa saya melahirkan Myra tahun 2005 dulu tak banyak online shop/ kedai-kedai biasa yang jual barangan berkaitan susu ibu. Saya banyakkan membaca, salin resepi berkaitan susu ibu kat akhbar, majalah etc.. siap ada buku okey. Alhamdulillah myra berjaya minum susu ibu secara ekslusif sampai usia lebih 6 bulan. Anaqah pun sama, Kelly ajer yang gagal minum susu ibu secara ekslusif.. umur 5 bulan setengah kena campur susu lembu. Nangis mama dia masa kena suapkan Kelly susu Wyeth tuh tsk tsk tsk..

Tips untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu :

1) Ikut rutin penyusuan/ jadual pam

2)  Tingkatkan kekerapan menyusukan bayi (the more you breastfeed, the more milk you produce)

3)  Power pumping (i will relate more later)

4)  Makan/ Minum benda yang boleh tingkatkan pengeluaran susu ibu (eg: kurma, longan, oats, fenugreek atau halba.. just to name a few)

5)  Kalau perlu, ambil supplements yang terkenal boleh tingkatkan pengeluaran susu ibu (eg: milkmaid tea)

6)  Elak stress dan paling penting ibu-ibu perlu REHAT SECUKUPNYA!!!!!!! 

Tapi sekarang bagi pengguna Premium Beautiful ini adalah sebab utama untuk anda kembali menyarungkan set korset anda ini. Memang banyak feedback saya dapat daripada ibu-ibu yang susukan anak mereka bahawa sejak pakai Premium Beautiful  pengeluaran susu ibu semakin meningkat! Woweeeeee. Tapi paling seronok sebab susu ibu yang banyak lagi melimpah-ruah tuh takde lah sampai menyebabkan leaking dan bengkak teruk sampai rasa nak 'menatang minyak yang penuh kan' (ibu-ibu yang pernah mengalami bengkak susu mesti faham perasaan nak 'menatang talam' ni kan? hihi). Tapi melimpah-ruah sebab bila pam susu ibu terus penuh 2-3 botol. Sedangkan sebelum tuh kalau pam susu ibu di ofis cuma dapat sebotol atau sebotol setengah ajer.

Saya pun sebenarnya walaupun Kelly dah berhenti menyusu tapi susu ibu saya tetap ada. Susu cuma betul-betul stop bila saya berhenti pakai Premium Beautiful kerana mengandung so tak muat nak masuk dah Long Girdle tuh hehe.

Premium Beautiful. 70% Kesihatan 30% Kecantikan. Kelebihan untuk kesihatan untuk si ibu dan anak. Ibu juga tampak lebih cantik dengan tubuh yang lebih berpotongan

SO? Jadilah pengguna bijak. Jangan membazir. Alah membeli menang memakai. Bukan ibu-ibu ajer sihat, anak pun dapat khasiat terbaik susu ibu daripada kita.

Intan 013-3900709 (whatsapp)  
intanyusof9778@gmail.com

Wednesday, December 5, 2012

Kenapa Mesti Pakai Premium Beautiful?

Kenapa?

1) Sebab kita perempuan memang fitrah kita nak cantik dan di hargai.

2) Bagi yang masih anak dara, kerana kecantikan luar dan dalam itu bermula dari sekarang. Kalo awak usia awal 20-an rasa tak perlukan Premium Beautiful awak silap yer. Diet kita sekarang yang cenderung cupcakes, macaroons, soda drinks, fast foods etc boleh mengganggu bentuk badan kita kalau tak dikawal.

3) Bagi yang dah berkahwin tapi belum punya anak, dengan memakai Premium Beautiful secara konsisten masalah berkaitan kesuburan yang biasa iaitu menstruasi yang tidak teratur dapat dipulihkan. Nah, lebih mudah untuk kita merancang keluarga dengan mestruasi yang teratur setiap bulan, bukan?

4)  Yang telah punya anak. Memang anda wajib mempunyai satu set Premium Beautiful. Kerana keyakinan diri kita berpunca dari dalam. 

When you look good outside, you feel good inside

Okey saya nak ceritakan pengalaman saya sebagai pengguna Premium Beautiful nie. Setelah mempunyai 3 orang anak barulah saya berpeluang menggunakan Premium Beautiful nie. Pada awalnya penuh skeptikal. Tapi sebab saya dah tak sanggup nak berulang ke Hospital bagi sesi fisioterapi akibat sakit belakang yang saya hadapi nie (click here to read more) maka saya sanggup cuba apa jua.

Dan sesungguhnya berkesan!!!!

Berkesan kerana memang keajaiban telah berlaku, sakit belakang beransur hilang dan saya pulih sepenuhnya. Terus beli high heels, wedges, espadrilles, kasut platform you name it. 


Gambar hiasan sahaja haha

i just love these and had to abandon them by giving it away to my babysister when i was suffering. Takpe, kan boleh beli baru dan bergaya sakan sekarang hehe.

Kemudian badan saya beransur hilang inci. Hilang inci di pinggang, hilang inci di perut, hilang inci di paha, hilang inci di lengan juga! Juga yang paling ketara adalah perut yang buncit kerana lemak tebal setelah hamil 3 orang anak sedikit demi sedikit makin kempis. 


3 bulan lepas bersalin anak ke 3. Lapisan lemak di perut tebal yang hamat!

Posisi duduk yang slouching menyumbang ke arah sakit belakang. Sila pakai Premium Beautiful plis!

Selepas 4 bulan dengan Premium Beautiful, saya berani tak pakai korset dan menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawan kesan sampingan menggunakan Premium Beautiful ni. Ye lah, sebab saya pakai Premium Beautiful sebab sakit belakang, bukan sebab nak cantik menarik kau memang debomm. 


After 4 months of wear. Tak pakai Premium Beautiful semasa gambar diambil. MAJOR improvement, kan?

Jadi, memang betul lah Premium Beautiful nie adalah 

70% Kesihatan, 30% Kecantikan = 100% Keyakinan


Intan 013-3900709 (whatsapp)  
intanyusof9778@gmail.com

Monday, December 3, 2012

What To Expect When Ur Expecting #3

What to expect when you're expecting?

Expect the worst thing could happen - Caesar instead of normal delivery

Kelahiran secara pembedahan Cesarean atau C-sect.

Huhu takut, kan?

Banyak sebab kenapa perlu melahirkan anak secara Cesarean atau C-sect.

Antaranya :

1)  Posisi bayi yang melintang

2)  Placenta yang terpisah daripada dinding uterus si ibu

3)  Posisi bayi songsang

4)  Uri bawah


Punca-punca yang membawa kepada proses kelahiran secara C-sect.

Biasanya jika ada keperluan untuk kelahiran secara C-sect ni Gynae akan maklumkan awal-awal bahawa para ibu. Jadi para ibu boleh bersedia daripada awal secara mental dan fizikal. 

Bersedia secara mental ni maksudnya ibu-ibu boleh la membuat persediaan awal dengan cara membaca artikel-artikel mengenai proses kelahiran kaedah ini, google gambar-gambar dan baca blog-blog pengalaman orang lain mengenai pembedahan ini. Buat homework dulu la kiranya, jadi takde la takut sangat. 

Bagaimana dengan persediaan secara fizikal? Haa nie waktu berpantang lah nie, memang mencabar kerana sakit jahitan di perut tuh akan membuatkan pergerakan ibu-ibu terbatas. Nak bangun dari posisi berbaring, nak angkat bayi, posisi sewaktu menyusukan bayi.. semua perkara simple macam nie tapi kepada ibu-ibu yang melalui C-sect memang agak sakit sikit la.. kang renyah-renyah nanti orang tua-tua kata bentan. Jadi kita misti nak cepat luka jahitan tu bercantum luar dan dalam, kan?

Rupa perut selepas C-sect pakai stapler (medical stapler la wei bukan  stapler opis!!!)
Jadi untuk persediaan secara fizikal apakata kita bersedia dengan satu set Premium Beautiful.  Bukan ajer dapat kelebihan mempercepatkan percantuman kulit perut di luar tu, malah luka dalaman pun cepat baik juga dengan teknologi FIR dalam Premium Beautiful itu sendiri. Malah lain-lain kelebihan guna korset Premium Beautiful ni sewaktu berpantang termasuk :

1.  membanyakkan susu badan jadi semestinya dapat elakkan bayi kita dari demam kuning atau jaundice :)

2.  Mengelakkan masalah perut buncit

3. Membetulkan dan mengembalikan kedudukan peranakan

4.  Mempercepatkan pengempisan perut dan mengelakkan perut menggeleber (common in C-sect)

5.   Menghalang perut masuk angin terutama semasa dalam pantang

6.  Menguatkan tulang belakang agar tak 'sakit urat'

7.  Merapatkan dan mengecilkan tulang pinggul (pelvic bone) 

Ni kalau kita cuma berbengkung Premium Beautiful semasa dalam pantang 40 hari. Kan Premium Beautiful boleh dipakai hari-hari, jadi kalau teruskan pemakaian setiap hari selama 8 jam maka kita akan dapat kelebihan-kelebihan macam nie pulak :


1.  Membantu menyokong tulang. Ini kerana selepas bersalin berat badan kita tidak lagi di tanggung oleh tulang belakang. Say good bye to backpain :) (read the testimonial here)

2.  Bantu menghilangkan stretchmarks yang buruk di perut (read the testimonial here)

Jadi tunggu apa lagi? Saya dah Premium Beautiful. Anda bagaimana?

Intan 013-3900709  intanyusof9778@gmail.com